MARI MENYANYI
Wednesday, 25 November 2015
Tuesday, 24 November 2015
LOGO PERPADUAN
BIODATA GURU
NAMA GURU : SAMSIDAH BINTI IDRIS
NO .KAD PENGENALAN : 650715-04-5240
TARIKH LAHIR : 15 JULAI, 1965
JANTINA : PEREMPUAN
AGAMA : ISLAM
BANGSA : MELAYU
KELULUSAN : SPM
MULA BEKERJA : 3 MEI, 1990
STATUS : BERKAHWIN
JAWATANKUASA
TABIKA PERPADUAN TAMAN RAMBAI
JAYA
BAGI TAHUN 2015
Pengerusi : PN. ROZIYANAH BINTIKASMURI
N/Pengerusi : PN. SITI RAHMAH BINTISUBOH
Setiausaha : PN. SAMSIDAH BINTI IDRIS
Pen. Setiausaha : PN. ARIATI BINTI AHMAD
Bendahari : PN. NORIZAN BINTI HASHIM
AJK :
PN. NOR IDAWANI BINTIGHARAT
PN. NORZIAN BINTI AHMAD
PN.
SAENON BINTI AMIN
PN.
DANG ANOM BINTI ISMAIL
PN.
MARLINA BINTI MOKHTAR
PN.
RONIWATI BINTI MAT NOH
PN
FARIDAH BINTI MD ISA
PN.
NUR HAFIZAH BINTI JAZMI
PN.
NURIANA BINTI ABDULLAH
PN.
SUZANA BINTI YAHAYA
PN.
NORSANIZA BINTI MOHD SANI
PN.
NORHANIZAH BINTI GANI
MOHD
ASRUL BIN MOHD TAIB
EN
MOHD HISHAM BIN JAMAL
EN.
MOHD NAZREEN BIN ABD LATIF
PEMERIKSA KIRA-KIRA :
PN. NOOR INTAN SUZANNA BINT IISMAIL
EN. ADAM BIN OSEN
EN. ADAM BIN OSEN
Kebaikan lemon untuk kesihatan
PETUA SUPAYA GEMBIRA KE SEKOLAH
Adegan menangis, merajuk dan mengamuk tidak mahu ke tadika sering dihadapi oleh kebanyakan ibubapa. Bahkan membuatkan ibubapa jadi tidak keruan apabila sering sampai lewat di tempat kerja pada waktu pagi.
Antara langkah yang boleh kita lakukan dalam menangani masalah si manja tidak mahu ke sekolah adalah:
Sebelum ke tadika
Seelok-eloknya ketika malamnya sebelum ke sekolah mahupun dalam perjalanan ke tadika, wujudkan perbualan tentang persekolahan dengan si manja. Cetuskan keghairahan dengan cerita-cerita yang menarik supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah seperti ada ramai kawan-kawan dan guru-guru yang baik, guru-guru dan kawan-kawan tertunggu-tunggu si manja datang, ada aktiviti yang seronok bersama kawan-kawan, selitkan pesanan-pesanan yang membina dan bermacam-macam lagi.
Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Siapkan alatan persekolahan bersama-sama dengan si manja seperti beg, alatulis, buku-buku dan pelbagai lagi. Beri fleksibeliti untuk mereka memilih pakaian persalinan yang mereka suka dan selesa dengan bimbingan ibuayah. Tidak dilupakan juga bekal yang disukai yang dipilih oleh si manja sendiri. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahan mereka.
Sebelum tidur pesanlah untuk mereka baca doa sebelum tidur supaya mereka bangun awal untuk ke sekolah dengan gembira. Jelaskan guru-guru dan kawan-kawan mesti tertunggu-tunggu kehadiran mereka di sekolah esoknya. Dan guru-guru suka siapa yang datang awal pagi ke kelas. Ketika mereka dalam zon tidur-tidur ayam atau lebih dikenali sebagai zon separa sedar, selitkan juga doa ibuayah dan programkan minda si manja untuk mereka suka pergi ke sekolah.
Ketika si manja di tadika
Sesungguhnya hati manusia ini kepunyaan Allah SWT. Banyakkan berdoa hatta si manja berada di tadika dan ibuayah berada di pejabat masing-masing. Ketika teringatkan si manja di pejabat, bayangkan wajah mereka dan sedekahlah surah Al Fatihah kepada mereka dan guru-guru yang mendidik mereka supaya dengan izin Allah mereka suka berada di tadika dan diberkati ilmu yang diterima. Bayangkan segala yang baik-baik semoga aura positif sampai kepada si manja dan ia menjadi satu doa. Boleh juga diamalkan bacaan surah Ali Imran ayat ke-200 untuk melembutkan hati anak. Juga zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.
Pulang daripada tadika
Tonjolkan keceriaan kita ketika menyambut mereka pulang daripada tadika. Wujudkan perbualan tentang sesi persekolah pada hari itu. Tanyakan soalan-soalan tentang kesihatan kawan-kawan si manja, nama kawan-kawan mereka, pelajaran yang diajar oleh guru-guru dan aktiviti-aktiviti yang diikuti. Serlahkan minat dan keterujaan ketika mendengar si manja berkongsi cerita tadikanya yang boleh membuatkan mereka merasa kita sebahagian daripada kehidupan sekolah mereka.
Beri ganjaran dari sudut pujian dan galakan apabila si manja menunjukkan sikap yang baik dan suka ke sekolah. Sesekali mungkin boleh berikan ganjaran fizikal yang berpatutan tapi bukan sebagai umpan berbentuk rasuah yang mahal.
Sekiranya si manja terus meragam, laluilah ia dengan sabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ia boleh meredakan banyak masalah emosi si manja. Sekiranya masalah tidak mahu ke sekolah berlarutan dan anak mempunyai masalah psikologi seperti ‘anxiety’ dan ‘depression’, dapatkan rawatan lanjut dengan pakar perubatan.
Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Semoga zaman prasekolah ini menjadi pengalaman yang manis untuk dikenang baik untuk si manja mahupun ibuayah.
Semoga bermanfaat ~
Kebaikan Lemon Panas
10:47 a.m.Hari ni nak share tips tentang kebaikan lemon. Ramai yang cakap lemon ni bagus, tapi tahukah kita ada caranya nak keluarkan maafaat lemon dengan lebih optimum. Bukan sekadar perah je jusnya.
Lemon memang bagus untuk sistem tubuh badan. Selain sangat diuretic (merangsang pengeluaran air kencing), lemon juga mempunyai agen mencegah dan mengubati kanser. Tetapi dengan syarat mestilah dipanaskan untuk mengeluarkan Lycopene yang sangat baik dan bermanfaat. Jika sekadar memerah lemon kedalam minuman yang sejuk je, kita hanya akan dapat kebaikan vitamin C sahaja.
Jadi kena masak ke lemon tu?
Eh tak la. Kalau nak buat jus lemon atau lemonade, caranya ialah, perah dulu jus lemon. Simpan kulit lemon tu jangan dibuang.
Dalam bekas lain, masukkan kulit lemon yang diperah tadi bersama gula secukupnya. Tuang air panas ke dalamnya. Kacau hingga gula larut sambil menekan kulit lemon mengeluarkan lebihan jusnya. Biar seketika hingga suam suam kuku. Kemudian tapi ke dalam jus lemon yang diperah tadi dan tambah air dan ais jika suka.
Begitu juga kalau nak buat ice lemon tea, rendam teh the bersama kulit lemon dan juga gula. Biar sehingga suam. Kemudian tapis ke dalam perahan jus lemon. Masukkan ais dan siap!
Cara ini juga boleh dibuat untuk menghasilkan air detox. Lepas siap masukkan dalam botol dan sejukkan dalam peti sejuk.
Jus yang diperah tu memang tak boleh campur air panas terus sebab nanti hilang pula vitamin C. Sebab tu saya cakap sejukkan dulu sehingga suam rendaman air panas dan kulit lemon tu.
Dengan cara ini kita dapat 2 kebaikan iaitu Lycopene dan Vitamin C.
Subscribe to:
Posts (Atom)